PROGRAM PENGAJIAN
DIPLOMA IN ENTREPRENEURSHIP
Kod Program : DEn
Program ini dibangunkan untuk memberi pelajar sumber dan sokongan untuk membantu mereka merealisasikan potensi penuh mereka dan mendorong mereka ke arah menjadi usahawan yang berjaya. Ia memfokuskan pada pengetahuan mendalam mengenai keusahawanan melalui perancangan perniagaan, pembiayaan, pemasaran, pengurusan, teknologi maklumat dan perundingan.
Pelajar akan meneroka setiap aspek perniagaan dan mempunyai peluang berterusan untuk terlibat dalam pelbagai aspek keusahawanan. Selain daripada model perniagaan tradisional, para pelajar akan didedahkan dengan keusahawanan korporat, keusahawanan sosial, penglibatan perniagaan keluarga dan penerokaan usaha baru.
- Tempoh Pengajian
- Kod MQA
- Prospek Kerjaya
- Laluan Pengajian
- Pegawai untuk dihubungi
Tempoh Pengajian bagi program ini adalah 2 tahun. Program pengajian telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), medium pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.
Setiap sesi pengambilan dibuka pada :
- Sesi 01 – Mac
- Sesi 02 – Julai
- Sesi 03 – November
Kod Kelulusan MQA : MQA/FA1313
Prospek kerjaya di dalam bidang ini adalah seperti
- Pegawai Insuran
- Usahawan
- Pegawai/Eksekutif Agensi
- Pembangunan Keusahawanan
- Pegawai Agensi Kerajaan
- Eksekutif Sektor Swasta
- Eksekutif Pemasaran
- Eksekutif Sumber Manusia
- Eksekutif Kewangan
- Eksekutif Perbankan
Pelajar yang berjaya peringkat diploma dan ingin ke peringkat seterusnya boleh menyambung pengajian melalui laluan pengajian seperti berikut :-
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Ijazah Sarjana Muda KeusahawananUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (Keusahawanan)
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran)
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Insurans)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan InovasiUniversiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran PerniagaanUniversiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- Ijazah Sarjana Muda KeusahawananUniversiti Malaysia Sabah (UMS)
- Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Keusahawanan)Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian
Pegawai untuk dihubungi
Mohd Faizal b Mohd Noor CMILT
Ketua Program
Diploma in Entrepreneurship
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Phone: +606 2812011 / +606 2812012
Email: [email protected]