Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Selamat Datangاَهْلاً وَسَهْلاًWelcome欢迎光临

PORTAL RASMI KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan program-program profesional di peringkat diploma dan sijil. Kurikulum KPM digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan guna tenaga profesional negara. Terdapat satu (1) Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dan tiga (3) program pengajian diperingkat Diploma yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM). Kolej Profesional MARA Bandar Melaka adalah Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah Majlis Profesional Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berita Terkini

Informasi . Perkongsian . Terkini
  • Umum
  • Pelajar
  • Sebutharga

Kolej Profesional MARA Bandar Melaka adalah Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah Majlis Profesional Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
(Klik Di Sini)

Tarikh Dikemaskini : 02/05/2023
Sah Sehingga : 31/04/2025

Kalendar Akademik Sesi 2025 & 2026
[Klik Di Sini]
Tarikh Dikemaskini : 02/01/2025
Dikemaskini Oleh :
Halimahton binti Kamarudin (TPHEA)

PEO & PLO Terkini Setiap Program 
[PEO DHI] [PLO DHI] 
[PEO DIF] [PLO DIF]
[PEO DEn] [PLO DEn]

Tarikh Dikemaskini : 10/11/2023
Dikemaskini Oleh :
Halimahton binti Kamarudin (TPHEA)

0
Program Pengajian
0
Staf
0
Pelajar
0 +
Alumni

*Data Setakat Disember 2024

Keistimewaan

Kolej Profesional MARA
  • Kos Pengajian Minimum

    Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MARA. Hanya yuran pendaftaran, semester, koperasi dan muafakat sahaja dikenakan bayaran.

  • Elaun Sara Hidup (ESH)

    Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 diberikan kepada semua pelajar.

  • Penginapan Disediakan

    Penginapan bagi semester 1 disediakan kepada semua pelajar, manakala pelajar kanan bergantung kepada kekosongan asrama.

  • Pengiktirafan Kualiti Program

    Semua program telah diakreditasi oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

  • DWI - Pensijilan

    Kerjasama strategik bersama badan profesional untuk tambah nilai program.

  • Kebolehpasaran Graduan

    Kadar kebolehpasaran melebihi 80% pada setiap tahun.

  • Tiket Penerbangan Pergi & Balik

    Diberikan kepada pelajar daripada Sabah, Sarawak dan Labuan.

  • IESP & TESP

    Peluang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara dengan tajaan MARA.

Alumni KPM Bandar Melaka

Saya percaya bahawa bagi menggapai sesuatu kejayaan, semua individu perlu memulakan langkah yang pertama. KPM merupakan langkah pertama saya dalam persediaan ke alam pekerjaan. KPM mengajar dan membentuk personaliti saya sesuai mengikut kehendak industri dan menjadikan saya insan yang berbakti kepada negara, bangsa, masyarakat dan keluarga. Kini saya telah mempunyai 3 perniagaan dan juga berkhidmat sebagai pengurus pemasaran syarikat terkemuka dalam industri. Pensyarah dan staf sokongan yang membina semestinya menjadi dasar yang baik dalam pembentukan sikap saya dalam menggapai kejayaan. Saya Muaz Azizul dan KPM merupakan pilihan institusi pendidikan yang terbaik buat diri saya.

    Muaz bin Mohd Azizul

    Marketing Management Elite Defense System Sdn. Bhd.

    Belajar di KPMBM merupakan satu pilihan yang terbaik buat saya. Ia memberi saya peluang untuk memajukan diri saya dari segi karekter. KPMBM telah melatih saya untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan saya bawa sikap itu ke alam ijazah dan seterusnya ke alam pekerjaan nanti. Semasa di KPMBM, saya merupakan pelajar Diploma Perbankan Islam semester Julai 2016. Aktiviti dalam dan luar kelas memberi saya pengalaman yang sangat bermanfaat. Cara pensyarah kendalikan kuliah sangat unik dan tidak pernah bosan dalam kelas dan disebabkan itu saya mampu dapat dekan di KPMBM setiap semester. Setiap aktiviti kelas yang dijalankan dapat membina keyakinan pelajar dan ini membuatkan pelajar semakin lebih yakin dan berani.

      Abdul Hakim bin Azahar

      Pelajar ijazah Sarjana Muda Perakaunan Unirazak

      Menuntut di KPM Bandar Melaka adalah satu peluang yang amat berharga. Bermula dari saat pertama menjejakkan kaki di sana, suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif, tenaga pelajar yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang kewangan dan perbankan Islam telah menjadi salah satu faktor saya mempu untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah dengan mudah. Bukan sahaja pembelajaran, saya juga turut menimba pengalaman dalam kepimpinan sebagai Exco Akademik MPP dan ini telah menjadikan saya seorang berfikiran kehadapan dan mengasah nilai kepimpinan dalam diri. Yuran setiap semester yang rendah serta pemberian elaun melatih saya menjadi seorang yang teratur dalam mengurus perbelanjaan hidup.

        Muhammad Afif bin Azian

        Customer Service Officer Metromart Ltd New Zealand

        Saya Fakhri Aiman Alumni KPMBM sesi Disember 2016, kursus Diploma in Entreprenuership. Pengalaman sepanjang belajar di KPMBM sangat menyeronokkan. Tempat yang luas, selesa dan fasiliti yang kondusif untuk para pelajar menuntut ilmu. Paling penting ilmu yang dipelajari banyak membantu saya untuk menghadapi cabaran diluar. Tenaga pengajar yang terbaik dan sentiasa berhubung bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam dunia perniagaan saya. Saya dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari di KPM seperti pengurusan kewangan, teknik jualan dan pemasaran serta penguasaan bahasa Mandarin. Sangat beruntung kepada sesiapa yang berpeluang belajar di sini. Manfaatkan sebaik mungkin peluang ini untuk masa depan yang lebih cerah.

          Fakhri Aiman bin Mustafa

          Berniaga Sendiri

          Berita dan Aktiviti

          Aktiviti & Kejayaan Kolej
          Scroll to Top