PIAGAM PELANGGAN
BPT & KPM BM
- Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Tinggi berkualiti yang memenuhi keperluan industri serta menepati piawaian badan pengiktiraf dan badan profesional
- Melaksanakan kajian pasaran bagi meneroka keperluan pembangunan program pengajian baharu
- Mewujudkan rakan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan
- Menjamin kualiti pendidikan berterusan di IPMA melalui sistem penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Amanah Rakyat (MARA), badan pengiktiraf dan badan profesional
- Melaksanakan program kokurikulum untuk meningkatkan potensi dan bakat pelajar
- Membangunkan sahsiah pelajar untuk melahirkan graduan yang holistik, mempunyai nilai keusahawanan dan berketrampilan
- Menyediakan tenaga kerja yang kompeten, berintegriti dan amanah untuk menjamin penyampaian perkhidmatan yang berkualiti
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur untuk mewujudkan suasana kampus kondusif dan selamat