KPMBM Sebagai Penyedia Latihan Dalaman Bagi Sijil Profesional AQIF

Associate Qualification in Islamic Finance

Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka terus melakar pencapaian cemerlang apabila berjaya menjalinkan kerjasama strategik bersama Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) bagi pelaksanaan sijil profesional AQIF (Associate Qualification in Islamic Finance). Melalui kolaborasi ini, KPM Bandar Melaka secara rasmi telah dilantik sebagai Penyedia Latihan Dalaman bagi pelajar Diploma in Islamic Finance, sekaligus membolehkan pelajar mengikuti modul profesional dalam bidang kewangan Islam semasa pengajian mereka di kolej.

Inisiatif ini membuka ruang luas kepada pelajar untuk memperoleh pentauliahan industri yang diiktiraf, seiring dengan permintaan pasaran kerja dalam sektor kewangan Islam yang semakin berkembang pesat. Ia juga membuktikan komitmen kolej dalam memastikan pelajarnya bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki kemahiran profesional yang diperlukan industri. Kerjasama bersama IBFIM ini merupakan satu pencapaian yang signifikan, bukan sahaja dalam memperkukuh kurikulum program, tetapi juga dalam memperkasa potensi kebolehpasaran graduan Diploma Kewangan Islam di KPM Bandar Melaka.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan, pensyarah, dan seluruh warga KPM Bandar Melaka atas pencapaian ini. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih besar dalam mengangkat pendidikan kewangan Islam ke tahap yang lebih tinggi.

#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani
#majlisamanahrakyat
#hiedumara
#kolejprofesionalmara

Scroll to Top