10 Pensyarah KPMBM Terima Sijil Eksekutif Kewangan Islam

USIM

Nilai, 17 April 2025 – Seramai sepuluh pensyarah dari Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) telah berjaya menerima Pensijilan Eksekutif Kewangan Islam daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam dua bidang utama: Market Research and Data Analytics for Islamic Finance serta Islamic Fintech and Blockchain.

Majlis penyerahan sijil telah berlangsung di Executive Lounge, Bangunan Canselori USIM, dan turut dihadiri oleh Pengarah KPM Bandar Melaka, Encik Md Zan bin Md Yausuf.

Senarai penerima pensijilan:
1. Puan Noor Aisyah binti Othman – Pensyarah Kewangan Islam
2. Puan Ashikin binti Salleh – Pensyarah Kewangan Islam
3. Puan Siti Aensah binti Yusof – Pensyarah Kewangan Islam
4. Encik Mohd Amirul Hafiz bin Ramly – Pensyarah Kewangan Islam
5. Puan Masfufah binti Ab Rahim – Pensyarah Ekonomi
6. Encik Muhamad Fauzi bin Zainal Abidin – Pensyarah Komputer
7. Puan Nur Salfaezan binti Mohd Pilus – Pensyarah Komputer
8. Encik Muhammad Fauzan bin Abas – Pensyarah Perniagaan
9. Puan Dalila binti Ahmad – Pensyarah Perniagaan
10. Encik Mohd Khairy bin Halim – Pensyarah Perniagaan

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama antara MARA dan USIM dalam memperkasakan pendidikan kewangan Islam. Pensijilan ini bertujuan meningkatkan profesionalisme pensyarah dengan memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi kewangan Islam, selaras dengan keperluan industri semasa. Langkah ini dijangka memberi impak positif dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar Diploma Kewangan Islam di KPMBM.

Majlis tersebut menandakan komitmen berterusan KPMBM dalam menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan perkembangan pesat dalam sektor kewangan Islam di Malaysia.

#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani
#majlisamanahrakyat
#hiedumara
#kolejprofesionalmara

Scroll to Top