KEJOHANAN SEPAK TAKRAW IPMA

2024

Melaka, 11 Mei 2024 – Kejohanan Takraw IPMa 2024 telah berlangsung pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan MSN Ayer Keroh, anjuran Unit Kokurikulum KPM Bandar Melaka. Kejohanan ini merupakan penganjuran sulung dan melibatkan penyertaan dari tujuh institut pendidikan, termasuk KPM Bandar Melaka sebagai tuan rumah.

Objektif utama kejohanan ini adalah untuk mencari pemain yang berpotensi yang akan digabungkan untuk mewakili SUKIPT 2024. Di samping itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk mempromosikan sukan takraw dan meningkatkan tahap kompetensi pelajar dari pelbagai institut. Sebanyak 10 regu dari tujuh institusi telah menyertai kejohanan ini iaitu :

  1. KPM Bandar Melaka
  2. KPM Beranang
  3. KPM Bandar Penawar
  4. KM Banting
  5. IKM Jasin
  6. IKM Lumut
  7. KKTM Masjid Tanah

KPM Bandar Melaka berjaya merangkul kejuaraan buat pertama kali dalam Kejohanan Sepak Takraw IPMA 2024, manakala IKM Lumut mendapat naib johan, IKM Jasin dan IKM Lumut masing-masing memperoleh tempat ketiga dan keempat. Kejohanan Takraw IPMa 2024 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang memberangsangkan dan penglibatan aktif dari semua institusi. Terima kasih diucapkan kepada semua kolej yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Penyertaan telah menyumbang kepada kejayaan acara ini. Diharapkan agar lebih banyak penyertaan dari institut pendidikan pada penganjuran akan datang. Ini akan memperluaskan lagi skop kejohanan dan meningkatkan kualiti pertandingan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan terutama kepada pasukan tuan rumah, KPM Bandar Melaka, atas kejayaan mereka sebagai penganjuran kejohanan dan menjadi juara. Dengan kejayaan penganjuran kali ini, diharapkan kejohanan takraw akan terus berkembang dan menjadi platform penting dalam mencari bakat-bakat baru dalam sukan ini.

#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani
#majlisamanahrakyat
#hiedumara
#tvetmara
#kolejprofesionalmara
#beeextraordinarykpmbm

 

Scroll to Top