Universiti Sultan Zainal Abidin, 12 Disember 2024 – Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) mencatatkan kejayaan gemilang dalam program INOVASI24 anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berlangsung secara maya baru-baru ini. Sebanyak tiga penyertaan dari KPMBM berjaya meraih kemenangan dalam kategori masing-masing, membuktikan komitmen dan dedikasi pensyarah serta pelajar dalam bidang inovasi.
Kumpulan pensyarah dari Unit Halal & Matematik meraih Anugerah Emas dalam kategori Innovation in Teaching & Learning (Postgraduates and Teachers) melalui inovasi mereka yang berjudul “Poultry Pro Trainer Model: Chick Kit Test”. Model ini merupakan simulasi praktikal sembelihan yang bertujuan membantu dalam proses pembelajaran dan latihan halal. Kumpulan yang terlibat dalam projek ini terdiri daripada:
Inovasi ini diiktiraf kerana pendekatannya yang inovatif dalam menyediakan alat bantu pengajaran yang memudahkan pelajar mempelajari teknik sembelihan mengikut piawaian halal.
Dalam kategori Innovation in Teaching & Learning (Undergraduate/School Students), dua pelajar dari Diploma in Islamic Finance (DIF 6) berjaya meraih Anugerah Perak dengan inovasi mereka yang bertajuk “Contract I-Studies: Your Personalized Islamic Contract Tutor”. Inovasi ini bertujuan menyediakan platform pembelajaran peribadi bagi memahami kontrak Islam secara lebih interaktif dan mudah. Pelajar yang terlibat adalah:
Tidak ketinggalan, Kumpulan Pelajar DIF 6 yang lain turut mencatatkan kejayaan dengan meraih Anugerah Gangsa dalam kategori yang sama melalui inovasi “Coin ATM”, yang bertujuan untuk menyediakan mesin pengeluaran wang digital menggunakan sistem syiling. Kumpulan pelajar ini terdiri daripada:
Pencapaian ini menggambarkan usaha gigih, kreativiti, dan komitmen luar biasa daripada para pensyarah dan pelajar KPMBM. Kejayaan mereka tidak hanya membanggakan kolej, tetapi juga MARA serta negara di peringkat antarabangsa. Inovasi-inovasi yang dihasilkan mampu memberi impak positif dalam dunia pendidikan dan industri, sekaligus memperlihatkan potensi besar yang dimiliki oleh komuniti KPM Bandar Melaka. Pencapaian cemerlang ini diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dari KPMBM di masa akan datang. Ia juga menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga KPM Bandar Melaka untuk terus berusaha dan mencipta inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang! Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama menuju pencapaian yang lebih besar di masa hadapan.
#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani
#majlisamanahrakyat
#hiedumara
#kolejprofesionalmara
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024.
Hakcipta Terpelihara 2023 © Kolej Profesional MARA Bandar Melaka