Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka telah mencipta kejayaan membanggakan dalam pertandingan antarabangsa International Finovation Quest 2024 yang berlangsung secara maya baru-baru ini. Pertandingan ini, yang dianjurkan oleh Fakulti Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Innovation Excellence Ventures, bertujuan menggalakkan inovasi dalam bidang kewangan dan teknologi kewangan (fintech) di kalangan pelajar dan profesional muda. [1]
Dalam penyertaan sulungnya, KPM Bandar Melaka menghantar dua kumpulan pelajar Diploma Kewangan Islam yang berjaya meraih pingat perak dalam kategori masing-masing:
Innofund Youthpreneur – Pingat Perak
Ketua Kumpulan: Ulfah Ainna binti Mohd Sukri
Ahli Kumpulan:
Puteri Nurul Iman binti Aswardi
Siti Khaleeda binti Kamarulzaman
Shaheed bin Abu Hassan
(Semester: DIF 5B & 5D)
FinSolve Nexus – Pingat Perak (Kategori Inovasi)
Ketua Kumpulan: Nurhanisya Hazwin binti Hasrizan
Ahli Kumpulan:
– Muhammad Eyzzat Aizan bin Suhaizan
– Nur Athirah binti Zohkarnain
(Semester: DBF6A)
Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih dan kreativiti pelajar, malah menunjukkan komitmen pensyarah dalam membimbing dan memupuk semangat inovasi di kalangan pelajar. Pencapaian ini juga menjadi inspirasi kepada seluruh warga KPM Bandar Melaka untuk terus cemerlang dalam bidang inovasi dan akademik.
Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah yang terlibat atas pencapaian gemilang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang di masa hadapan.
#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani
#majlisamanahrakyat
#hiedumara
#kolejprofesionalmara
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024.
Hakcipta Terpelihara 2023 © Kolej Profesional MARA Bandar Melaka