Kuala Lumpur, 18 Julai 2023 – Tahniah diucapkan kepada KPM Bandar Melaka atas pengiktirafan sebagai Penyedia Latihan Halal di bawah Majlis Profesional Halal JAKIM. Pengiktirafan ini diumumkan sempena Hari Anugerah Pendidik MARA 2023 yang berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur semalam. Dalam majlis tersebut, seramai sembilan orang pensyarah dari KPM Bandar Melaka telah menerima pentauliahan pendidik MARA sebagai pengajar yang berdaftar di bawah Majlis Profesional Halal JAKIM. Mereka adalah:
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Hari Anugerah Pendidik MARA merupakan platform penghargaan kepada pendidik Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam mendidik anak bangsa serta meningkatkan mutu pendidikan. Anugerah ini diharap dapat memotivasi pendidik untuk terus menyumbang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam bidang mereka.
Tonton secara langsung melalui pautan dibawah:
https://tinyurl.com/APMARA2023
Buku program:
https://www.mara.gov.my/buku-program-hari-anugerah…/
Galeri gambar:
https://galeri.mara.gov.my/…/HARI-ANUGERAH-PENDIDIK…
#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani
#majlisamanahrakyat
#hiedumara
#tvetmara
#kolejprofesionalmara
#beeextraordinarykpmbm
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024.
Hakcipta Terpelihara 2023 © Kolej Profesional MARA Bandar Melaka