Ayer Molek, 18 Ogos 2024 – IPMA Advance Creative Entrepreneurship Challenge (ACE) anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) bersama Kolej Profesional MARA Ayer Molek sebagai tuan rumah menjadi medan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) mempamerkan kreativiti serta melontarkan idea keusahawanan lebih segar. Program yang berteraskan bidang keusahawanan ini berlangsung selama empat (4) hari melibatkan penyertaan sebanyak 11 buah IPMA terdiri daripada enam Kolej Profesional MARA, empat Kolej MARA dan Institut Kemahiran MARA Jasin sebagai kontinjen jemputan. Uniknya, ACE 2024 kali ini turut melibatkan kolaborasi bersama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dan Pusat Usahawan MARA (PUSMA) Negeri Melaka.
Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT), Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan IPMA ACE 2024 sebentar tadi berkata pertandingan melibatkan pelbagai kategori ini sememangnya selari dengan hasrat MARA untuk melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan graduan IPMA. “Program seumpama ini, saya yakin dapat memperkasakan kemahiran insaniah pelajar melalui kemahiran komunikasi, pembentangan idea, pengurusan konflik, kerja berpasukan, pengurusan masa serta pemikiran kritis dan kreatif malah dapat menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan”, ujar beliau.
Dalam ACE 2024 kali ini, sebanyak lima (5) kategori acara dipertandingkan iaitu AYMO Start-Up Pitch Competition, MyMARA Product Review Channel, Biz Talk, Visit Melaka 2024 Challenge dan MARA’S Next Top Entrepreneur. Turut berlangsung adalah sesi perkongsian bersama ikon usahawan termasuk seminar Penguasaan Digital Platform. Sementara itu, Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) terus unggul apabila berjaya mempertahankan gelaran johan keseluruhan IPMA ACE 2024 setelah melakukannya pada edisi lepas. Pencapaian tempat pertama bagi acara MARA’S Next Top Entrepreneur dan tempat kedua bagi kategori Biz Talk sudah cukup untuk meninggalkan Kolej MARA Seremban di tempat kedua dan Kolej MARA Kuala Nerang di tempat ketiga keseluruhan.
Turut hadir semasa majlis, Encik Nurul Azmi Johari, Pengarah MARA Negeri Melaka, Puan Samsiah Kandar, Pengarah KPM Ayer Molek, Encik Azaam Yacob, YDP Muafakat KPM Ayer Molek, Encik Farizal Mustaffa, CEO Cendol Kampung Hulu serta pengarah-pengarah Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA.
Tahniah diucapkan kepada kontinjen dan penasihat serta jurulatih ACE KPM Bandar Melaka kerana berjaya meraih 4 anugerah dalam IPMA Advanced Creative Enterpreneurship Challenge (ACE 2024) :-
#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani
#majlisamanahrakyat
#hiedumara
#tvetmara
#kolejprofesionalmara
#beeextraordinarykpmbm
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024.
Hakcipta Terpelihara 2023 © Kolej Profesional MARA Bandar Melaka