Melaka, 10 September – Sound And Rhythm IPMa 2023 (SOAR) merupakan program anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi MARA yang melibatkan 6 Kolej Profesional MARA dan 4 Kolej MARA. Program ini berlangsung dari 8 hingga 10 September 2023, dengan KPM Bandar Melaka sebagai tuan rumah bagi acara tahun ini. SOAR bertujuan untuk memperlihatkan bakat dan kreativiti dalam bidang seni persembahan melalui beberapa kategori pertandingan. Berikut adalah keputusan rasmi bagi setiap kategori pertandingan dalam SOAR IPMa 2023:
Program SOAR IPMa 2023 telah berjaya dilaksanakan dengan meriah, menampilkan bakat dan kreativiti dari peserta-peserta dari pelbagai institusi. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama dan penyertaan aktif dari semua pihak. Terima kasih kepada semua kolej yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Penyertaan dan dedikasi semua pelajar telah menjayakan acara ini dengan penuh gemilang.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta peserta yang telah menunjukkan persembahan yang cemerlang. Terutamanya kepada kolej-kolej yang meraih kemenangan dalam kategori masing-masing. Diharapkan agar program SOAR ini akan terus berkembang. Semoga SOAR akan datang jadi lebih meriah pada tahun-tahun yang akan datang.
#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani
#majlisamanahrakyat
#hiedumara
#tvetmara
#kolejprofesionalmara
#beeextraordinarykpmbm
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024.
Hakcipta Terpelihara 2023 © Kolej Profesional MARA Bandar Melaka