Program dan Aktiviti

Virtual Innovation Competition Exhibition (VICE’24)

Kejayaan gemilang telah dicapai oleh Kumpulan Inovasi KPM Bandar Melaka dalam pertandingan Virtual Innovation Competition Exhibition (VICE’24) anjuran Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Kumpulan ini berjaya meraih Anugerah Emas dan Anugerah Projek Pilihan Juri melalui projek inovatif mereka yang bertemakan “Inovasi Pencetus Aspirasi Madani”.

Virtual Innovation Competition Exhibition (VICE’24) Read More »

International Business Innovation & Ideas Competition 2024

Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) mencatatkan kejayaan gemilang dalam program INOVASI24 anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berlangsung secara maya baru-baru ini. Sebanyak tiga penyertaan dari KPMBM berjaya meraih kemenangan dalam kategori masing-masing, membuktikan komitmen dan dedikasi pensyarah serta pelajar dalam bidang inovasi.

International Business Innovation & Ideas Competition 2024 Read More »

Minds of Medina IPMA 2024

Program “Minds of Medina IPMA 2024″ adalah satu program pertandingan teater muzikal Islam melibatkan sepuluh buah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seluruh Malaysia, iaitu enam Kolej Profesional MARA dan empat Kolej MARA. Program anjuran Bahagian Pendidikan Tinggi MARA ini akan dilaksanakan oleh Kolej Profesional MARA Bandar Melaka selaku tuan rumah, dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Program ini akan dilaksanakan selama 3 hari bermula 9 hingga 11 Ogos 2024. Antara program yang dilaksanakan sepanjang Program Minds of Medina ialah Teater Muzikal Qasirah dan Bicara Santai Selebriti bagi mengupas isu-isu dakwah dalam konteks mahasiswa.

Minds of Medina IPMA 2024 Read More »

Scroll to Top